Isnin, 19 Disember 2016

Menu Untuk Vegetarian...

Mulai 19 Disember 2017 Sihat Cafe HTAA telah menyediakan Menu Khas untuk pengamal Vegetarian.

Semoga juadah yang disediakan menepati citarasa pelanggan Cafe Sihat. Rasa jangan tak rasa...




Jumaat, 2 Disember 2016

AKAN DATANG MENU BARU..


Berita baik untuk pelanggan KOSIHAT yang dihormati....
tidak lama lagi Sihat Cafe HTAA akan menyediakan hidangan khas bagi pelanggan  'vegetarian'.

Tunggu masanya akan tiba...





Khamis, 6 Oktober 2016

MESYUARAT AGUNG KOSIHAT KALI KE 13


Mesyuarat Agung KOSIHAT kali ke 13 telah ditetapkan pada 23 Oktober 2016 hari Ahad bertempat di Auditorium Pusat Rawatan Harian (ACC) Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

Pendaftaran mesyuarat akan bermula mulai jam 8.00 pagi. Semua anggota KOSIHAT dijemput hadir untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai ahli.

Kempen pengambilan anggota baru juga akan diadakan.

Rabu, 5 Oktober 2016

PRODUK BARU DI KEDAI MUTIARA KOSIHAT


Kedai Mutiara KOSIHAT telah menambah produk baru untuk kemudahan pesakit ortopedik yang memerlukan FIBER GLASS POP. Mohon ahli-ahli untuk mewar-warkan kepada orang ramai.

Didatangkan dengan warna yang menarik untuk keselesaan pengguna dan yang paling penting harganya lebih murah dari harga pasaran. Sila dapatkan segera kepada sesiapa yang memerlukan.




LAWATAN MESRA ALK KOPERASI WARGA PENDIDIKAN TERENGGANU BERHAD


Pada 30 September 2016, KOSIHAT telah menerima kunjungan mesra dari Ahli Lembaga Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad. Semoga acara ini akan mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama dalam bisnes koperasi.








Jumaat, 16 September 2016

MESYUARAT AGUNG KOSIHAT AKAN DATANG TAK LAMA LAGI

Assalamualaikum...

Dah lama x update diblog ini. saya doakan semua ahli koperasi sihat-sihat belaka. Tak lama lagi dalam bulan Oktober mesyuarat agung kosihat akan diadakan.

Banyak hadiah-hadiah  cabuatan bertuah disediakan untuk ahli-ahli yang hadir selain dari mendapat ELAUN KEHADIRAN dan BONUS TAHUNAN yang sangat lumayan. Blokkan masa anda bersama kami. Rugi sapa yang tak datang...