Khamis, 6 Oktober 2016

MESYUARAT AGUNG KOSIHAT KALI KE 13


Mesyuarat Agung KOSIHAT kali ke 13 telah ditetapkan pada 23 Oktober 2016 hari Ahad bertempat di Auditorium Pusat Rawatan Harian (ACC) Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

Pendaftaran mesyuarat akan bermula mulai jam 8.00 pagi. Semua anggota KOSIHAT dijemput hadir untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai ahli.

Kempen pengambilan anggota baru juga akan diadakan.

Rabu, 5 Oktober 2016

PRODUK BARU DI KEDAI MUTIARA KOSIHAT


Kedai Mutiara KOSIHAT telah menambah produk baru untuk kemudahan pesakit ortopedik yang memerlukan FIBER GLASS POP. Mohon ahli-ahli untuk mewar-warkan kepada orang ramai.

Didatangkan dengan warna yang menarik untuk keselesaan pengguna dan yang paling penting harganya lebih murah dari harga pasaran. Sila dapatkan segera kepada sesiapa yang memerlukan.




LAWATAN MESRA ALK KOPERASI WARGA PENDIDIKAN TERENGGANU BERHAD


Pada 30 September 2016, KOSIHAT telah menerima kunjungan mesra dari Ahli Lembaga Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad. Semoga acara ini akan mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama dalam bisnes koperasi.